About Me

My photo
i am myself n broken-hearted.

Sunday, 15 May 2011

Bab 1

    "Rajinnya dia hari ni", ucap Arif Ishqal menyedarkan aku dari lamunan yang panjang. "Hisy kau ni lain kali bagi la salam dulu. Buat terkejut aku je", balasku menyembunyikan debaran di dada.
    Entah kenapa lelaki ini selalu membuatkan hatiku berdebar sedangkan aku tahu aku tidak pernah menyimpan sedikitpun perasaan terhadapnya. Mungkin benar kata sahabat karibku, Adilah, aku sebenarnya terlalu ego untuk mengakui rasa hatiku sendiri. Tapi, jujur aku katakan aku benar tidak punya perasaan yang istimewa terhadap Arif. Dia cuma seorang kawan.
    "Aku tak sangka kau serajin ni. Kau dapat mimpi ape malam tadi?", sinis benar kata-katanya. "Aku bukan macam kau. PMR tinggal berapa bulan je lagi. Sedar la sikit Arif oi!", balas aku sengaja menghangatkan keadaan. Sememangnya kami sentiasa bertelingkah dalam segala hal malah ramai antara rakan-rakanku yang meramalkan bahawa suatu hari nanti pasti kami akan bertemu jodoh sama seperti dalam cerita novel.
    Pagi yang agak membosankan itu membuatkan aku terdetik untuk mengeluarkan buku latihan sains yang merupakan subjek yang paling aku lemah untuk membuat latihan sementara menunggu masa untuk berhimpun. Tak terfikir pulak yang mamat ni pun akan datang awal jugak hari ni.
    Belum sempat menyambung perbualan yang agak kekok, kedengaran suara pengawas yang bertugas berkumandang membacakan doa seperti biasa. Kami menadah tangan untuk berdoa tetapi apa yang aku kurang selesa ialah apabila Arif mengambil kesempatan merenung ke dalam anak mataku sambil berdoa. Entah apa yang difikirkannya aku pun tak tahu.
    Sesudah usai doa dibaca, aku kembali menyambung kerjaku sementara Arif terus-terusan mengganggu ketenteramanku dengan pelbagai cara namun tidak kuendahkan. Seorang demi seorang melangkah masuk ke kelas memberikan kelegaan kepadaku. Perlahan-lahan Arif bangun lalu menuju ke tempatnya.
    Seketika kemudian, aku ternampak kelibat orang yang paling kunantikan kehadirannya setiap hari, Hakimi masuk ke dalam kelasku. Seperti biasa, Hakimi lebih banyak menghabiskan masa di kelasku kerana di sini lebih ramai rakan yang rapat dengannya. Hampir semua orang tahu bahawa aku menaruh hati terhadap Hakimi malah Hakimi sendiri juga tahu.


"KIMI, tengok ni apa Nadia tulis", bersungguh-sungguh Azman menghulurkan sehelai kertas yang bercatit nota pendek ke tangan Hakimi Adham. Dengan perasaan bingung yang bercampur dengan rasa ingin tahu, Hakimi Adham mula membaca catatan di atas kertas itu.

 Aku tau ape yang aku nak cakap ni agak gila tapi nak buat macam mana lagi kan kalau benda dah betul. Aku rasa aku dah mula jatuh hati kat someone tapi aku tak tahu apa yang sepatutnya aku buat. Takkan nak mengaku kat dia kot. Aku kan perempuan so tak logik la kalau aku yang admit. Dan lagi tak logik kalau aku tunggu dia admit sebab aku tau aku bertepuk sebelah tangan. Alah lagipun aku sendiri belum pasti dengan apa yang aku rasa. Apa-apa pun aku nak jugak mention kat sini yang aku dah mula sukakan Muhammad Hakimi Adham bin Abdul Halim :D
    "Dia main-main je kot!", sangkal Hakimi Adham sedangkan hatinya turut mengiakan kata-kata rakan karibnya bahawa Nadia Izwani benar-benar sedang menaruh hati terhadapnya. Hakimi Adham boleh dikategorikan sebagai lelaki yang tidak punya perasaan. Tidak seorang pun tahu siapa yang sedang bertakhta di hatinya saat ini. Hidup Hakimi Adham sebagai remaja hanya diisi dengan permainan video serta buku rujukan. Dia kurang berminat untuk